Harta kediaman untuk dihuni sendiri (sama ada yang dalam pembinaan atau sudah siap) daripada pasaran utama atau sekunder.
Pemohon Yang Layak
Warganegara Malaysia sahaja.
Pembeli rumah pertama.
Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri.
Pemohon individu atau bersama.
Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama.
Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000).
Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas.
Harta Yang Layak
Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia.
Nilai maksimum hartanah RM500,000.
Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan).
Keperluan Pembiayaan
Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan.
Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran).
Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap.
Insurans/takaful kebakaran diwajibkan.
Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:.